ASMA UL HUSNA

AL-WAHHAB
(Maha Pemberi)

AL-WAHHAB, Yang sentiasa Memberi. Allah SWT mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya. Dia Maha Pemberi.


1. Menjadi kaya dan terkenal.

Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardu, insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyuran. Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir, insya Allah anda akan dirahmati dengan hart yang banyak. Peluang akan dtang dengan mudah sekali.

2. Permintaan di kabulkan.

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu, insya Allah permintaannya diperkenankan. Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit, doa anda akn dimakbulkan.

3. Mencari Pekerjaan.

Sesiapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin, hendklah dia mengamalkan solat sunat, kemudia sujud dan membaca Ya Wahhab 70 kali. Dia akan mendapat makanan tanpa disangka ( dari kawan-kawan, jiran atau seumpamanya)

4. Membayar Hutang.

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya, kerjakan lah solat sunat Hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak, kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.

Kemudian hendaklah membaca surah Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut ( 3 kali Khamis ). Insya Allah keperluan anda akn tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5. Menjauhi Kelaparan.

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zohor, insya Allah tidak akan merasa lapar.